Thursday, August 13, 2009

Undang-Undang Pengakap & Maknanya

Undang-Undang Pengakap



1.

Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.


2.

Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

3.

Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4.

Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5.

Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6.

Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7.

Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.

8.

Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9.

Pengakap itu jimat dan cermat.


10.

Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.



Makna Undang-undang Pengakap


1.

Dipercayai

Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya- Upayanya.


2.

Taat

Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara, Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang-Orang Di Bawahnya.


3.

Berguna

Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan Menolong Orang Pada Setiap Masa


4.

Bersaudara

Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun.


5.

Berbudi

Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang Perempuan, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang Cacat Dan Sebagainya.


6.

Kasihkan binatang

Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali Binatang Yang Merbahaya.


7.

Menurut perintah

Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya.


8.

Tabah hati

Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu Walaupun Dalam Kesusahan.


9.

Berjimat

Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal Perbelanjaannya.


10.

Suci fikiran, perkataan dan perbuatan

Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau Berbuat Sesuatu Yang Keji

No comments:

Post a Comment